Kondominium , atau condo, adalah bentuk milik rumah dan harta tanah yang lain di mana bahagian harta tanah khusus(biasanya rumah apartment) dimiliki secara individual sementara kegunaan dan capaian pada kemudahan bersama dalaman seperti laluan jalan, sistem pemanasan, lif, kawasan luaran dikendalikan di bawah hak perundangan berkait dengan pemilik persendirian dan dikawal oleh persatuan pemilik yang secara bersama mewakili pemilik harta keseluruhan. Secara tidak rasmi, istilah ini sering digunakan bagi merujuk pada unit itu sendirimenggantikan perkataan "apartment". Kondominium boleh ditakrif secara mudah sebagai "apartment" yang dimiliki penghuni berbanding disewa.
INTERIOR DAN EXTERIOR